Electrolux LUX1 User Manual Page 12

  • Download
  • Add to my manuals
  • Print
  • Page
    / 14
  • Table of contents
  • BOOKMARKS
  • Rated. / 5. Based on customer reviews
Page view 11
Terima kasih kerana memilih sebuah Lux 1 Royal!
Untuk memanfaatkan vakum itu dengan sepenuhnya,
sila baca buku arahan ini dengan teliti. Simpan buku
panduan ini untuk rujukan pada masa akan datang.
Keterangan
1. Kili-kili wayar
2. Mula/berhenti
3. Paparan
4. Lampu-lampu penunjuk
5. Kawalan sedutan
6. Pemegang
7. Penutup beg habuk
8. Suis buka kunci penutup
9. Sumber bekalan kuasa
10. Penyambung penyalur yang mempunyai penutup
11.Tanda butir-butir dan keakuran
12. Beg habuk
13. Penuras keselamatan
14. Kedudukan letak (x 2)
15. Lubang udara ekzos
16. Plag elektrik
17. Penutup penuras
18. Penuras HEPA
19. Penyalur dengan a) bahagian bersambung dan b)
pemegang penyalur yang mempunyai lubang udara
20. Tiub teleskopik
21. Beg habuk
22. Muncung celah
23. Muncung kombinasi
24. Muncung lantai
Semasa membuka bungkusan vakum, periksa untuk
memastikan ianya tidak rosak dan kesemua bahagian-
bahagiannya dibekalkan.
Pengendalian
A. Angkat beg habuk dan pastikan ianya dan penuras
sudah dipasangkan dengan betul (lihat seksyen yang
menerangkan sistem penaipsan Lux di bawah).
B. Gelongsorkan penutup dan sambungkan penyalur ke
vakum.
C. Gelongsorkan suis kunci pada tiub teleskopik meng-
hala ke arah pemegang penyalur. Masukkan pemegang
penyalur ke dalam tiub teleskopik dan kemudiannya
masukkan tiub teleskopik itu ke dalam muncung lantai.
D. Sesuaikan kepanjangan tiub teleskopik menurut ke-
hendak anda dengan menggelongsorkan suis kunci pada
tiub teleskopik itu menghala ke arah pemegang penyalur.
Panjangkan wayar (16) dan sambungkannya ke suis
utama. Tekan pedal kaki (2) sedikit untuk memulakan dan
menghentikan vakum itu. Untuk menggulungkan semula
wayar, tekan pedal kaki yang bersimbol wayar (1) itu
sedikit.
E. Tetapkan kesan sedutan yang dikehendaki dengan
menekan pedal kaki (5) sedikit serta berulangkali.
Pilih kedudukan AUTO untuk penggunaan biasa. Va-
30
kum itu kemudiannya menyesuaikan kesan sedutan pa-
da permukaan secara automatik.
F. Untuk penggunaan vakum dengan kesan sedutan yang
kurang, pilih kedudukan MIN. Kesan sedutan boleh diku-
rangkan lagi dengan menggunakan lubang udara pada
pemegang penyalur itu. Pilih kedudukan MIN, dan buka
lubang udara itu semasa anda membersihkan langsir dan
sebagainya dengan vakum itu.
G. Semasa membersihkan lantai yang amat kotor den-
gan menggunakan vakum, atau semasa meng-gunakan
peralatan yang dibekalkan kuasa oleh udara, pilih kedu-
dukan MAX.
H. Apabila lampu penunjuk beg habuk menyala, beg itu
mesti digantikan dan motor serta penuras-penuras HE-
PA perlu diperiksa.
I. Apabila lampu penunjuk haba berlebihan berkelip, vakum
akan terhenti. Putuskan sambungan plag elektirk itu. Gan-
tikan beg habuk, periksa penuras-penuras dan baha-gian-
bahagian lain, kemudian pastikan sama ada tiub/penyalur
itu tersekat. Biarkan vakum itu kehilangan haba dan jangan
gunakannya selama 30 minit. Selepas tempoh ini, vakum
itu sepatutnya boleh digunakan semula. Jika vakum tidak
dapat dimulakan selepas kesemua langkah-langkah beri-
kut telah diambil, hubungi penjual Lux anda.
J. Dalam kedudukan AUTO, muncung disesuaikan se-
cara automatik bergantung kepada permukaan.
K. Tetapkan kedudukan permaidani pada muncung itu
untuk memudahkan pembersihan permaidani dengan
menggunakan vakum.
L. Tetapkan kedudukan lantai pada muncung untuk
pengendalian vakum yang lancar semasa membersi-
hkan lantai.
M. Tekan suis kunci dan tarik muncung dan tiub untuk
mengasingkan keduanya. Masukkan tiub ke dalam
muncung yang dikehendaki (rujuk ke aksesori-aksesori
tambahan).
N. Bersihkan muncung lantai selepas menggunakannya
dengan menggunakan pemegang penyalur. Untuk me-
mudahkan pembersihan, roda-roda itu boleh ditang–
galkan dengan menggunakan sebatang pemutar skru.
O. Gunakan muncung kombinasi untuk membersihkan
perabot, rak-rak, kelengkapan-kelengkapan, dll. dengan
menggunakan vakum.
P. Pasangkan muncung kombinasi pada pemegang pe-
nyalur supaya ianya sentiasa mudah dicapai. Gunakan
muncung itu dengan tiub teleskopik untuk membersih-
kan jalur-jalur dinding dll.
Q. Guna muncung celah semasa membersihkan ruang-
ruang sempit, seperti bucu-bucu, sendir-sendi dan
radiator-radiator.
Sistem penurasan Lux
Semasa memeriksa/menggantikan penuras-penuras,
pastikan plag elektrik ditanggalkan dahulu. Kesemua
produk program sistem penurasan Lux boleh dibuang
bersama dengan bahan buangan rumah yang biasa.
R. a) Beg habuk dengan tiga lapisan kertas serta penu-
tup automatik. b) Penuras motor dengan karbon yang aktif.
c) Penuras klinikal HEPA untuk penurasan prestasi tinggi.
S. Tegakkan vakum itu. Buka beg habuk dan penuras
motor. Tarikh pemegang beg habuk ke atas dan angkat
Page view 11
1 2 ... 7 8 9 10 11 12 13 14

Comments to this Manuals

No comments